sifat – sifat
dan ciri-ciri usahawan yang ada pada Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary
Untuk menjadi seorang usahawan yang Berjaya, Tan Sri Syed
Mokhtar Al – Bukhary telah melalui pahit manis perjuangan bagi meletakkan
dirinya sebagai seorang usahwan yang Berjaya. Beliau dengan usaha dan kesabaran
beliau, kejayaan dan kekayaan telah Berjaya diraih. Antara ciri – ciri yang ada
pada beliau seperti berikut : -
1) Kegagalan
Adalah Suatu Pilihan (failure is an option)
Kegagalan adalah suatu pilihan
bermaksud setiap perkara yang dilakukan bukanlah dapat diterjemahkan dengan
kejayaan pada kebiasaannya namun ianya
didahului dengan kegagalan yang dapat membentuk suatu pencapaian yang lebih
bermakna. Hal ini kerana beliau sering menganggap bahawa kegagalan adalah suatu
latihan untuk beliau lebih bangkit untuk menghadapi sebarang masalah yang akan
datang. Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary juga pernah mengalami kerugian yang
amat besar apabila syarikat pengangkutannya iaitu Bukhary Shipping berdepan
masalah ekoran kegawatan ekonomi negara pada tahun 1998. Beliau terpaksa
menjual kapal terpakai yang diperbuat daripada negara German yang dinamakan
semula sebagai Angsa Mas yang digunakan untuk pengangkutan barangan makanan
daripada negeri Sabah dan Sarawak ke Thailand yang dianggarkan kerugian
sebanyak AS$400,000. Namun, beliau turut mengalami masalah yang lebih teruk
pada tahun yang sama yang dianggarkan kerugiannya sebanyak RM2 bilion demi
mementingkan kepentingan masyarakat bumiputera di negara ini.
2) Daya
Pemerhatian (observant)
Daya pemerhatian bermaksud
keupayaan dalam memerhati sesuatu perkara melalui anggota deria badan atau alternatif yang ada dalam mengumpul maklumat
atau pengumpulan data selain soal selidik dan temuduga. Antara contoh kejayaan
Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary yang dapat dikaitkan dengan ciri pemerhatian
adalah kejayaan beliau dalam menubuhkan
syarikat usaha sama dengan dua orang peniaga Cina, iaitu Ng Ghiak Gee
dan Chua Chong Tan. Ghiak Gee adalah pedagang beras manakala Chong Tan pula
pengilang beras. Syed Bukhari memegang 52 % saham dan Ghiak Gee dan Chong Tan
masing-masing 32% dan 16 %. Syarikat usahasama ini dinamakan sebagai Bukhary
Sdn. Bhd pada 15 Julai 1976 dan beroperasi di pejabatnya di Jalan Telok Wan
Jah. Melalui Bukhary Sdn. Bhd, beliau memulakan perniagaan gula dan kini
mencecah RM250 juta. Hal ini disebabkan beliau membuat pemerhatian berdasarkan
kekurangan gula yang pernah dialami oleh negara kita pada ketika itu. Disebabkan
pemerhatian tersebut beliau berjaya membina sebuah syarikat utama dalam
membekalkan serta mengeksport produk gula yang masih kekal hingga ke hari ini.
3) Berani
Mengambil Risiko (open risk taker)
Sifat seterusnya ialah beliau
berani mengambil risiko. Siapa sangka dari hidup susah menjadi kepada terkaya
di Malaysia. Sikapnya yang berani mengambil risiko telah mempertingkatkan taraf
hidup keluarga. Beliau memulakan perniagaan dengan menjalankan perniagaan
binatang ternakan bapanya. Beliau kemudiannya mula menjual daging secara
kecil-kecilan. Beliau berjaya dalam perniagaan itu. Kejayaan itu menambahkan
keyakinan beliau bagi memajukan diri dalam dunia perniagaan. Beliau kemudianya
menubuhkan syarikat usaha sama dengan dua orang peniaga Cina, iaitu Ng Ghiak
Gee dan Chua Chong Tan beliau kemudiannya mengembangkan perniagaannya kepada
sesuatu yang lain, iaitu gula. Usahanya membuahkan hasil lagi. Tan Sri Syed
Mokhtar diberikan kontrak bagi membekalkan beras, teh, tepung coklat, tepung
susu dan juga minyak sapi kepada kerajaan. Bahagian bawah pejabatnya diubah
suai menjadi pusat pembungkusan. Jadi dapat kita ketahui walaupun menempuh
banyak cabaran dan kegagalan itu tidak bermakna kita akan gagal selama-lamanya.
Contohi sikap dan keperibadian Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary yang tidak
pernah merasai kegagalan itu mematikan perjuangan hidupnya dalam mencari
rezeki. Sikap yang suka mencuba dan berani mengambil risiko itulah yang
membuatkan beliau berjaya meletakkan dirinya di dalam kelompok 10 orang terkaya
di Malaysia.
4) Proaktif
(proactive)
Proaktif dalam erti lain bermaksud bersikap positif dengan merangka dan
mengawal tindakan yang dilakukan jauh lebih awal daripada jangkaan akan
berlakunya sesuatu perkara atau kejadian.. Beliau bermula dengan jalan yang
susah tetapi jalan yang susah itulah membantu beliau untuk terus berjaya. Tan
Sri Syed Mokhar Al-Bukhary merupakan seorang tokoh usahawan yang proaktif.
Beliau bukan sahaja proaktif dalam menjalankan perniagaan dan perusahaan dengan
mengembangkan perniagaan pada mulanya hanya menjual daging dan sehingga
sekarang telah menubuhkan Yayasan Al-Bukhary. Malahan, beliau mempunyai sifat
proaktif dalam dirinya dengan membantu orang yang memerlukan. Oleh sebab
sifatnya itu disenangi ramai dan dijadikan contoh beliau dianugerahkan banyak
anugerah seperti anugerah Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 1429H oleh DYMM Seri
Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Tunku Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni
Almarhum Tunku Sultan Mahmood.Beliau juga memberi sumbangan pelajaran dan
pembiayaan rawatan bagi mereka yang kurang bernasib baik. Sikap beliau yang
proaktif ini telah membantu dan memudahkan ramai pihak. Kesenangan yang beliau
ada dikongsikan bersama.
5. Berwawasan
(visionary)
Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary
juga merupakan seorang usahawan yang mempunyai wawasan untuk berjaya dalam
sesebuah bidang yang diceburi. Kata beliau, “hidup ini ibarat roda, kadangkala
di bawah, kadangkala di atas”. Antara wawasan hidup beliau ialah Tan Sri Syed
Mokhtar Al Bukhary telah menubuhkan sebuah pusat Yayasan Al-Bukhary yang
bernilai RM300 juta dengan reka bentuk oleh senibina `Moorish’ . Walaupun Syed
Mokhtar dikenali seorang ahli korporat yang disegani, sebagai seorang Islam,
beliau tidak pernah mengabaikan soal-soal kebajikan. Sehingga kini, beliau
telah membiayai pembinaan lebih 10 buah masjid di Malaysia dan pada tahun 2000,
Syed Mokhtar telah menderma sebanyak 1.25 juta pound (RM7.5 juta) kepada pusat
Oxford bagi pengajian Islam di London sebagai salah satu pusat pengajaran Islam
yang terkemuka. Syed Mokhtar berpegang kepada dua prinsip asas kejayaannya
iaitu berserah kepada tuhan dan bekerja bersungguh-sungguh untuk memperoleh
kejayaan. Jadi dapat kita lihat betapa tingginya wawasan dan matlamat hidup
beliau sehinggakan dengan semangat, usaha yang gigih serta tawakal kepada
Allah, beliau dapat merealisasikan impiannya