Biografi Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary

Tan Sri Syed Mokhtar
Shah bin Syed Nor Al-Bukhary. Dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada 1951. Syed
Mokhtar tidak sempat mengambil periksaan SPM kerana tidak mempunyai wang untuk
membayar yuran peperiksaan.Keluarga bapanya Syed Nor Al-Bukhary dan ibunya
Sharifah Rokiah Syed Mohamed Rahmat berasal dari Hadhramaut, Yemen. Sebelum
mengambil keputusan menetap di Kedah, bapanya mengembara hingga ke Asia Tengah
untuk berniaga. Seterusnya, bapanya ke Thailand. Pada pertengahan tahun 40-an,
barulah bapa Syed Mokhtar mengambil keputusan menetap di Alor Setar, Kedah.
Pada tahun 1946, bapanya mendirikan rumah tangga. Ketika umur 9 tahun, beliau
dihantar tinggal bersama bapa saudaranya Syed Omar di Johor Baru hingga ke
Tingkatan Dua. Kemudian kembali ke Kedah dan bersekolah di Sekolah Saint
Michael's.Syed Mokhtar mempunyai tujuh orang adik beradik dan dia adalah anak
yang ketiga. Tan Sri Syed Mokhtar hidup dalam keadaan yang serba kekurangan
hinggakan rumah kayunya yang terletak di Kampung Hutan Keriang tidak mempunyai
katil, meja mahupun kerusi. Ini menyebabkan beliau susah hendak menelaah.
Beliau diasuh oleh ibunya Sharifah
Rokiah Syed Mohamed Rahmat sejak kecil untuk menderma kepada orang miskin.Syed
Mokhtar berkahwin dengan Sharifah Zarah bin Tan Sri Syed Kechik Syed Mohamed
Al-Bukhary.
No comments:
Post a Comment