Ciri-Ciri Usahawan Berjaya
Untuk menjadi seseorang
usahawan yang berjaya, mereka perlulah mempunyai sifat-sifat yang tidak ada
pada individu biasa. Dalam berdepan persaingan ekonomi yang menekan sekarang,
usahawan perlulah mempunyai ciri-ciri yang dapat mengekalkan mereka sebagai
usahawan yang Berjaya di Malaysia malahan di peringkat global. Berikut adalah
ciri-ciri yang terdapat pada usahawan berjaya pada masa sekarang.
1. Rangkaian (networked)
Rangkaian
adalah taktik pemasaran tunggal yang paling berkuasa untuk mempercepatkan dan
mengekalkan kejayaan mana-mana individu atau organisasi. Rangkaian merupakan
perhubungan yang dibina untuk berkekalan dan saling menguntungkan. Rangkaian
atau jaringan juga bermaksud, jaringan perniagaan (Larson, 1992; Baker, 1994;
Holmlund & Tornroos, 1997) atau dikenali juga sebagai jaringan formal (Dollinger, 1995) atau 'extended network' (Aldrich,et al., 1989) merupakan hubungan
yang pada amnya berasaskan aktiviti yang berkaitan dengan perniagaan
Sebagai contoh
usahawan yang berjaya dalam rangkaian ialah pengasas Facebook iaitu Mark
Zuckerberg. Beliau dilahirkan pada 1984 di New York.beliau hanya seorang
pelajar di Harvard university. Ia
digunakan oleh kalangan pelajar Harvard untuk berinteraksi antara satu
sama lain. Selepas itu, beliau mula menyebarkan Facebook ke universiti lain
seperti Stanford, Dartmouth, Columbia, Cornell dan Yale. Akhirnya, Facebook
telah dibuka kepada orang ramai sehingga kini. Selepas 3 tahun berlalu, Mark
Zuckerberg ditabalkan menjadi jutawan termuda atau "world youngest self-made
billionaire" oleh Majalah Forbes dengan anggaran harta bernilai USD$1.5
billion. Ini menunjukkan Mark Zuckerberg hanya menggunakan jenis rangkaian
tidak formal kerana Mark Zuckerberg pada awalnya memulakan laman web Facebook
itu dikalangan pelajar universiti beliau sahaja.
2. Objektif yang Diorientasikan (Outcome
Oriented)
Objektif
merupakan perkataan yang sinonim dengan matlamat. Definisi objektif ialah
sasaran atau sesuatu yang hendak dicapai dan lebih tepat ialah tujuan sesebuah
perniagaan ditubuhkan. Objektif merupakan hasil daripada kita mengenal
kekuatan, kelemahan, ancaman dan peluang yang ada. Setiap orang pasti mempunyai
objektif ataupun matlamat tersendiri, tetapi ramai yang matlamat hanya tinggal
matlamat akibat tidak disertai dengan perancangan dan tindakan yang betul.
Sebagai contoh, objektif seorang usahawan ialah untuk mencapai keuntungan yang
maksimum dan dapat meneruskan perniagaan sehingga ke penghujung (Zul press,
2012).
Contoh usahawan
ialah pengasas D’herb, Dato’ Aliff Syukri Kamarzaman. Beliau dilahirkan pada 3
April 1987 di Kuala Lipis, Pahang. Pada mulanya beliau beroperasi di lot kedai
di tingkat 2 dengan seorang pekerja sahaja. Kemudiannya mereka mengorak langkah
maju setapak ke hadapan dengan menghasilkan hampir 30 rangkaian produk baru
dengan seramai 15 orang kakitangan. Kini D’herb telah menjadi satu jenama yang
semakin mandapat tempat di hati masyarakat. Antara objektif syarikat D’herb
ialah dapat membantu masyarakat merawat wajah luaran dan dalaman, memberikan
perkhidmatan selepas jualan, mempunyai konsep kedai yang kemas, menarik, bersih
dan ceria dan seterusnya membesar menjadi sebuah syarikat sendirian berhad
(Aniz, 2013).
3. Proaktif (Proactive)
Merujuk Kamus
Dewan Edisi Keempat, proaktif membawa maksud bersikap positif oleh individu,
institusi dan lain lain dalam merangka atau menjalankan sesuatu tindakan
setelah mengambil kira dan berfikiran jauh tentang sesuatu perkara yang
memerlukan tindakan. Usahawan yang proaktif akan sentiasa mencari idea dan
konsep yang baru untuk meningkatkan lagi mutu produk mereka. Sikap proaktif ini
boleh dipupuk melalui kerajinan, keazaman, komitmen dan ketabahan. Setiap
usahawan perlu bersikap proaktif dalam mengambil peluang yang ada untuk
melahirkan usahawan yang berjaya. Tun Musa Hitam, Pengerusi Yayasan Forum
Ekonomi Islam Sedunia (WiEF) berkata, individu yang meceburi bidang
keusahawanan tidak harus ada perasaan putus asa dalam menghadapi segala
rintangan dan halangan awal dalam perniagaan (Norutul Ilham, 2015).
Contoh usahawan
proaktif ialah Tan Sri Dato’ Loh Boon Siew, pengasas Boon Siew Honda. Boon Siew
Honda merupakan sebuah syarikat Malaysia yang memasang, menjual dan mengedar
model motosikal Honda di Malaysia. Langkah proaktif dapat dilihat apabila
beliau berhubung terus dengan Honda Motor Japan Limited untuk mendapatkan hak
menjadi pengedar tunggal di Malaysia. Beliau juga merupakan pengedar Honda yang
pertama di Asia Tenggara (Honda, 2014). Beliau juga telah membina kilang
motosikal di Mak Mandin, Butterworth, Penang. Dengan adanya kilang tersebut di
Malaysia, kenaikan duti import dapat diminimakan kerana motosikal Honda
dihasilkan secara domestik. Hasilnya, motosikal Honda berjaya terus diminati di
Malaysia.
4. Berorientasikan Pasukan (Team
Oriented)
Usahawan yang berjaya
menyedari bahawa mereka tidak dapat mengendali perniagaannya secara
bersendirian. Mereka memberi tanggungjawab kepada pasukan pekerja bukan sahaja
membolehkan syarikat memberi tumpuan kepada kemahiran utama mereka tetapi juga
akan meningkatkan kecekapan operasi mereka. Pasukan adalah sebuah kumpulan yang
dianjurkan supaya bersama-sama atau menyertai untuk melakukan sesuatu
bersama-sama. Dengan memulakan sebuah firma dalam satu kumpulan lebih banyak
isu akan dikaji semula. Setiap orang mempunyai kemahiran sendiri oleh itu mereka
akan dapat menunjukkan hasil masing-masing dengan lebih padu. Usahawan dapat
menghadap ke maklumat yang mungkin penting bagi kejayaan. Dengan memulakan
dalam satu kumpulan, banyak isu-isu yang boleh disemak, membolehkan ahli-ahli
pasukan lain untuk menunjukkan isu-isu penting yang terlepas pandang oleh
penggerak idea, kerana kumpulan yang menggabungkan kecekapan yang lebih banyak,
membawa kepada sebuah firma keusahawanan yang lebih berjaya. Perkara yang
paling penting adalah pasukan mesti terdiri daripada sekumpulan orang-orang
yang berkongsi matlamat yang sama dan berani untuk mengambil risiko dengan
bekerja bersama-sama untuk mencapai matlamat.
Usahawan yang berkumpulan
menggabungkan kemahiran dan pengalaman ahli-ahli individu, mereka akan kurang
bergantung kepada orang lain. Ciri-ciri yang perlu ada dalam berorientasikan pasukan ialah seseorang mesti
mempunyai kecenderungan dan keseronokan bekerja dalam kumpulan dan meletakkan
kepentingan pasukan sebagai keutamaan dan bukannya kegiatan individu sendiri.
Sebagai contoh, anda hanya tidak berfikir tentang diri sendiri tetapi termasuk
keputusan yang lain. Setiap orang mempunyai satu faktor sumbangan dalam operasi
dan keputusan yang memberi perhatian penuh dalam usaha.
Seseorang perlu bersikap
positif dengan ahli kumpulan dan mengekalkan komunikasi dan minda yang terbuka
apabila meminta maklum balas daripada pasukan. Seterusnya, kita juga harus
menerima perkongsian tanggungjawab dan hak milik projek. Usahawan-usahawan
membina kumpulan untuk membantu mereka mengembangkan perniagaan mereka. Mereka
sedar bahawa ianya bukan mudah untuk membina sebuah firma sahaja dan bahawa
mereka perlu untuk mengelilingi diri mereka dengan orang-orang yang berbakat
serta mereka juga sedar bahawa boleh mendapatkan idea-idea baru dan bernas
daripada ahli-ahli kumpulan yang lain. Contoh bidang yang menggunakan
berorientasikan pasukan sebagai prinsip adalah kerja sosial, sukan dan
perniagaan.
5. Budaya Terbuka (Open Culture)
Budaya terbuka boleh
dianggap sebagai satu konsep yang menerapkan pengetahuan harus diperluaskan
secara bebas dan pertumbuhan mesti datang dari dunia membangun, berselang-seli
atau memperkayakan kerja sedia ada atas dasar perkongsian dan kerjasama, tanpa
terikat dengan peraturan-peraturan yang berhubungan dengan perlindungan
undang-undang Harta Intelek. Dalam konteks globalisasi, hasilnya adalah bahawa
semua rakyat harus mempunyai akses kepada maklumat yang sama.
Sebagai contoh,
Chris Hirst merupakan salah seorang usahawan yang mengadaptasikan konsep budaya
terbuka dalam arus perniagaannya. Beliau merupakan Ketua Eksekutif Agensi iklan
London kelabu serta menunjukkan bagaimana agensi itu dibina satu budaya dengan
satu falsafah "Terbuka" usahanya.
6. Kegagalan Adalah Satu Pilihan (Failure
is An Option)
Kegagalan bukanlah semestinya
berunsur negatif. Perkara penting untuk mengatasi kegagalan adalah belajar
daripada mereka yang menempuh kegagalan dan beralih kepada apa yang berlaku
selepasnya tanpa mematahkan semangat pasukan anda. Secara amnya, apabila
seseorang yang tidak berjaya berasa tidak bersedia atau takut, mereka menyangka
bahawa ia adalah masa untuk berhenti, kelas-kelas rancangan mereka,
mempersoalkan motif mereka atau menghabiskan lebih banyak masa persiapan dan
perancangan. Dalam konteks ini, usahawan perlulah bersedia menerima kegagalan
kerana kegagalan bukannya satu perkara yang merundum perniagaan mereka malahan
ia merupakan satu pengajaran untuk terus berjaya dan berkekalan dalam
perniagaan yang diuruskan itu. Oleh itu, kegagalan adalah satu pilihan yang
memberi banyak lagi pengalaman kepada usahawan lama atau baru demi meneruskan
jejak kegemilangan dalam perniagaan mereka.
7.
Menerima
risiko dengan terbuka ( open risk taker )
Risiko adalah
bahaya atau akibat yang akan terjadi dalam sesuatu proses yang sedang berlangsung
atau kejadian yang akan datang. Menerima risiko dengan terbuka pula bererti
seseorang itu perlu bersedia
untuk menerima apa jua akibat atau
bahaya dalam proses yang sedang mereka lakukan. Hal ini bermaksud, seseorang
usahawan haruslah menerima risiko dengan terbuka supaya proses atau kerja yang
sedang dilakukan tidak terhenti begitu sahaja. Sebagai contoh, usahawan yang
mengamalkan ciri ini ialah Tony Fernandez iaitu seorang peneraju Air Asia.
Syarikat Air Asia dahulu merupakan syarikat yang ditubuhkan oleh DRB-Hicom
iaitu sebuah konglomerat kerajaan Malaysia, telah mengalami kesulitan
disebabkan tanggunggan hutang yang terlalu tinggi. Tan Sri Anthony Francis
Fernandes telah mengambil risiko dengan membeli syarikat tersebut dengan harga
satu ringgit dan mempunyai hutang dalam anggaran RM 40 juta dan hanya mempunyai
dua kapal terbang terpakai Boeing 737-300 yang terbang hanya ke satu destinasi
membawa 250,000 penumpang setahun dan mempunyai hanya 250 pekerja.
8. Berwawasan ( Visionary )
Berwawasan
ialah seseorang yang mempunyai misi dan visi tertentu untuk dicapai. Usahawan
yang mempunyai ciri ini dapat melihat dengan jelas apa yang mereka inginkan dan
seterusnya bertindak untuk mencapai misi dan visi tersebut. Dengan adanya
wawasan atau hala tuju yang jelas, segala usaha yang diambil dapat disasarkan
kearah pencapaian wawasan yang ditetapkan. Contoh usahawan yang berwawasan
ialah Malcolm N.Bricklin iaitu usahawan yang terlibat dalam industri autumobil.
Beliau mempunyai lebih 50 tahun pengalaman dalam mereka bentuk, kejuruteraan,
pembuatan, perkilangan semula, mengimport, mengedar dan kereta pemasaran.
Beliau merupakan salah satu dari empat lelaki di Amerika Syarikat selepas
perang dunia kedua untuk mereka bentuk, pembuatan dan menjual kereta sendiri.
Tetapi beliau lebih mengeluarkan kereta sendiri. Beiau juga berwawasan apabila
dapat mengesan trend masa depan sebelum orang lain.
9. Tajam Penglihatan/Teliti ( Observant )
Tajam
penglihatan atau teliti bermaksud seeseorang yang sentiasa focus
dan memberi sepenuh terhatian
terhadap apa yang mereka lakukan. Sifat ini amat penting dalam diri
seorang usahawan agar segala tindakan
yang diambil akan menghasilkan kualiti yang tinggi. Usahawan yang mempunyai
sifat ini juga akan memastikan segala perancangan dan strategi mereka dapat berjalan dengan lancar seiring
dengan matlamat mereka. Contoh usahawan yang memiliki sifat ini ialah Dato’
Yusof Haslam atau nama sebenar beliau ialah
Mohd Yusof Haslam.Beliau
merupakan usahawan yang terkemuka di Malaysia selain terlibat dalam dunia
perfileman. Beliau telah mengeluarkan filem komersial seperti Sembilu, Gerak
Khas The Movie dan banyak lagi telah
membuktikan segala pengorbanannya sebagai penggiat seni perfileman sejak
1970-an mandapat penghargaan masyarakat dan media massa. Selain itu, beliau
juga adalah seorang pengarah yang cukup prihatin dan teliti dengan
masalah-masalah sosial dalam kalangan remaja dan juga masyarakat.
Dengan itu terbuktilah
bahawa ciri yang diamalkan oleh Datuk Yusof Haslam telah membuahkan hasil dan
menjadikan beliau seorang usahawan yang berjaya di Malaysia. Oleh itu, negara
kita perlu berbangga dengan adanya usahawan seperti ini dan semoga akan lahir
lagi ramai usahawan-usahawan yang berjaya pada masa akan datang.